Saturday, January 18, 2014

Dinar Emas Public Gold. Permulaan Pelaburan Anda



Dinar Emas Public Gold (PG) ada banyak kelebihan berbanding Gold Bar PG. Syiling emas 1 Dinar PG (ketulenan 916, berat 4.25 gram) boleh dikatakan adalah produk terbaik untuk pelaburan berbanding produk Public Gold yang lain.

Cuba kengkawan bandingkan tiga (3) faktor di bawah:

Faktor #1: Kecairan Tinggi

Kecairannya lebih tinggi daripada gold bar (jongkong emas) disebabkan harganya murah. Pengalaman saya sendiri, kalau nak jual, lebih mudah dapat pembeli (individu) syiling 1 Dinar berbanding gold bar.

Syiling dinar lebih murah berbanding gold bar disebabkan:
(1) Ketulenan lebih rendah i.e. emas 916 berbanding gold bar i.e. emas 999.9. sedangkan kedua-dua jenis emas ni memang bernilai tinggi untuk jangka panjang.
(2) Beratnya kurang berbanding gold bar. Standard berat 1 Dinar ialah 4.25gram.
Bila-bila nak pakai duit nanti, boleh jual syiling 1 dinar tu sikit-sikit. Tapi kalau gold bar 20 gram contohnya, memang kena jual seketul 20 gram. Tak boleh jual sikit macam syiling 1 dinar.


Faktor #2: Spreadnya Rendah, Harganya Murah

Spread dinar lebih rendah iaitu cuma 6%. Spreadnya sama dengan spread gold bar 20 gram tetapi harga gold bar 20 gram adalah 5 kali ganda lebih tinggi daripada dinar. Spread gold bar 10g pula lebih tinggi iaitu 8%.

Faktor #3: Permintaan Lebih Tinggi

Permintaan syiling 1 Dinar lebih tinggi daripada gold bar terutamanya masa harga emas naik. Emas bentuk dinar ialah antara emas pelaburan paling murah bagi sesiapa yang baru nak bermula. Ada student yang beli 1 dinar untuk simpanan mereka. Bila nak pakai duit untuk beli buku, jual dinar.
Ada juga orang beli syiling 1 dinar untuk buat maskahwin ataupun hantaran. Emas dinar memang sesuai sangat untuk perkahwinan sebab designnya lebih menarik dan harga lebih murah.

KESIMPULAN:
Saya syorkan kat kengkawan semua, kalau nak mula melabur dalam emas beli 1 syiling Dinar Public Gold. Lihat % keuntungan untuk satu tempoh eg. 1 tahun, 2 tahun. Selain dari tu, Ada juga orang nak jual pun mudah dan kalau nak tambah pelaburan pun tak da masalah sebab ia mampu milik.

Jadi, mulakanlah pelaburan emas anda dengan membeli 1 dinar emas Public Gold

0 comments:

Post a Comment

Hak Cipta © 2014 Public Gold Hak Cipta Terpelihara