Berita Terbaru

Rss

Saturday, January 18, 2014
Kelebihan Memiliki Emas Public Gold

Kelebihan Memiliki Emas Public Gold



Apa kelebihan beli emas Public Gold berbanding dengan emas-emas lain?

Kebaikan membeli emas daripada Public Gold

1. Stok yang sentiasa ada (mempunyai kilang sendiri di Pulau Pinang)
2. Harga yang jauh lebih rendah daripada harga di kedai emas
3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya , bengkok asalkan beratnya masih sama.
4. Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-7%).
5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24K).
6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.
7. Mempunyai sistem ‘lock price’ 24 jam secara online.

Kata-kata hikmat (untuk anda fikirkan dan bertindak)

Anda ada wang, anda tukarkan wang anda kepada emas, apabila anda ada emas, anda sebenarnya mempunyai aset yang bernilai, anda ada aset ini bermakna anda sebenarnya kaya.

Anda tiada wang, tetapi anda ada aset maka sebenarnya anda mempunyai wang kerana dengan adanya aset tersebut anda boleh tukarkannya kepada wang.

Anda ada wang, tetapi wang mengalami susut nilai (dulu sepuluh sen boleh beli kuih dua bijik sekarang seposen belum tentu boleh beli gula2 dua bijik)

Anda ada emas 1 dinar, bermaksud anda bijak (dulu 1 dinar boleh seekor kambing, sekarang 1 dinar tetap boleh beli seekor kambing, MasyaAllah! hebatnya emas ciptaan Allah)


Jadi kesimpulannya,

Emas=Aset=Duit ianya saling berhubungkait
Adanya emas bermakna anda ada aset bermakna anda ada wang

Gold is asset is money

Dipetik dari : Wanita.Melayu.com
Dinar Emas Public Gold. Permulaan Pelaburan Anda

Dinar Emas Public Gold. Permulaan Pelaburan Anda



Dinar Emas Public Gold (PG) ada banyak kelebihan berbanding Gold Bar PG. Syiling emas 1 Dinar PG (ketulenan 916, berat 4.25 gram) boleh dikatakan adalah produk terbaik untuk pelaburan berbanding produk Public Gold yang lain.

Cuba kengkawan bandingkan tiga (3) faktor di bawah:

Faktor #1: Kecairan Tinggi

Kecairannya lebih tinggi daripada gold bar (jongkong emas) disebabkan harganya murah. Pengalaman saya sendiri, kalau nak jual, lebih mudah dapat pembeli (individu) syiling 1 Dinar berbanding gold bar.

Syiling dinar lebih murah berbanding gold bar disebabkan:
(1) Ketulenan lebih rendah i.e. emas 916 berbanding gold bar i.e. emas 999.9. sedangkan kedua-dua jenis emas ni memang bernilai tinggi untuk jangka panjang.
(2) Beratnya kurang berbanding gold bar. Standard berat 1 Dinar ialah 4.25gram.
Bila-bila nak pakai duit nanti, boleh jual syiling 1 dinar tu sikit-sikit. Tapi kalau gold bar 20 gram contohnya, memang kena jual seketul 20 gram. Tak boleh jual sikit macam syiling 1 dinar.


Faktor #2: Spreadnya Rendah, Harganya Murah

Spread dinar lebih rendah iaitu cuma 6%. Spreadnya sama dengan spread gold bar 20 gram tetapi harga gold bar 20 gram adalah 5 kali ganda lebih tinggi daripada dinar. Spread gold bar 10g pula lebih tinggi iaitu 8%.

Faktor #3: Permintaan Lebih Tinggi

Permintaan syiling 1 Dinar lebih tinggi daripada gold bar terutamanya masa harga emas naik. Emas bentuk dinar ialah antara emas pelaburan paling murah bagi sesiapa yang baru nak bermula. Ada student yang beli 1 dinar untuk simpanan mereka. Bila nak pakai duit untuk beli buku, jual dinar.
Ada juga orang beli syiling 1 dinar untuk buat maskahwin ataupun hantaran. Emas dinar memang sesuai sangat untuk perkahwinan sebab designnya lebih menarik dan harga lebih murah.

KESIMPULAN:
Saya syorkan kat kengkawan semua, kalau nak mula melabur dalam emas beli 1 syiling Dinar Public Gold. Lihat % keuntungan untuk satu tempoh eg. 1 tahun, 2 tahun. Selain dari tu, Ada juga orang nak jual pun mudah dan kalau nak tambah pelaburan pun tak da masalah sebab ia mampu milik.

Jadi, mulakanlah pelaburan emas anda dengan membeli 1 dinar emas Public Gold
Hak Cipta © 2014 Public Gold Hak Cipta Terpelihara